Assalammualaikum.
Hai.
Harini saya akan bercerita masalah-masalah yang terdapat di anggota badan saya. hehe. :)
ASTHMA
Saya telah menghidap asthma sejak dari umur 7 tahun dan sehingga kini 21 tahun. Ada orang kata, waktu meningkatnya umur mungkin tiada lagi penyakit ini, tetapi bagi saya tidak. Walaupun tidak selalu diserang, tetapi dalam 1 bulan tu datang jugakla 2 hingga 3 kali, tetapi bukan yang serius sangat, just ada bunyi berdesit dan susah nak bernafas je. So, kalau jalan jauh, kene pastikan ada ubat 'biru', untuk keselamatan. Punca astma saya mungkin akibat cuaca yang sangat sejuk dan terlampau penat!
ECZEMA
Sejenis penyakit kulit. Akan timbul ruam-ruam di permukaan kulit dan terasa gatal yang teramat sangat. Bila digaru, pehh, lega gila rasanya. hehe! Eczema ni ada kaitan dengan astma. Sesiapa yang ada eczema kemungkinan ada asthma. Ha, gituuu relationshipnya yaa! :) Eczema ni sering terjadi pada pelepat tangan kiri saya. Kadang-kadang kat pelepat kaki, kat leher. haa. macam baby gitu. Punca utama terjadi akibat cuaca yang sangat panas. Pelepat akan senang berpeluh dan berair dan timbullah rasa gatal-gatal. Bila sejuk pula, kulit sekitar akan terjadi amat kering dan menegang, macam kulit oang tua tu. Grr. Ubat yang digunakan ialah ubat cina! haha. Saya beli ubat sapu kat kedai sengsei tu sebabnya cepat baik dan tak payah nak apply selalu, just waktu di serang sahaja! Yelah, pemalas kannn. hehe. :p
ALLERGIC REACTION
Ni pun sejenis penyakit kulit jugak. But, not eczema. Ruam-ruam kecil berbintik bintik merah akan tumbuh di mana mana permukaan dan terasa lagi gatal dari eczema dan sememangnya tidak berair ataupun terlalu kering permukaannya. Puncanya akibat mungkin tersalah makan seperti makanan seafood ataupun alah kepada habuk. But, saya memanglah tak boleh makan udang. Mulut akan membesar dan membekak seperti disuntik botox. Pehh, macam penah rasa je kan kene suntik botox tu. hehe. And, kan ada orang jual collegen seaweed dari Sabah tu kan, sama ada untuk dibuat masker or untuk dimakan. Itupun memang tak boleh pakai juga sebab kulit akan gatal-gatal uolss. :'( Mungkin my skin is too sensitive.
Okay. Thats all. Sebenarnya masalah masalah ni ada connection each other. Haaa, and I have sinus too! Bersin bersin waktu pagi plus selesema yang meleleh bagaikan tiada henti. Sadis bukann?
Sesapa ada asthma mungkin akan banyak lagi penyakitnya. Ceh cehh.Macam kita lak doktenye. :p
Penulisan ni hanyalah pendapat mengenai keadaan dan situasi diri sendiri. Harap maklum.