Saturday 11 January 2014

CINTA is LOST. Episode 3.

          Semalam malam minggu. Entah apa angin Esya, boleh pulak dia mesej Erry ajak temannya keluar. Macam dah lupa kisah semalam. Entah, sengal Esya ni. Tapi, mungkin hatinya rindu pada Erry, dia menggagahkan dirinya jugak. Erry pulak dengan pantasya balas mesej Esya dan setuju.

      Setelah parking kereta dan menguncinya. Esya bergegas meluru masuk ke dalam kereta hitam Elmira milik Erry. Sebaris senyuman hambar diberikan kepada Erry. Jantung Esya berdegup laju. Tak tahu nak menggabarkan apa situasi pada masa sekarang. Erry pulak diam je dari tadi. Sebaris senyuman pun takde! 'Aduhhh, apa aku nak buat ni!', Bisik hati Esya sambil membetul-betulkan kedudukannya.'Entah, rasa macam tak selesa pulak dah. Kenapa Erry hensem pulak harini, dengan sut hitamnya, kaca mata ray ban-nya, kasut berkilat-kilat pulak tuh! Fuhh, cair pulak! Jab-jabb. Ni nak pergi mana ni cantik-cantik ni! Aku dahlah pakai selekeh je, seluar jean guess, blouse putih dengan kasut sneakers je aku pakai pun!'

     10 minit lepastu, Esya dengan Erry tiba di lokasi. Erry ambil satu beg kertas hitam di dalam bonetnya dan menyerahkan kepada Esya
'Nahhh, pakai baju ni. I bagi U masa 5 minit. U lambat, I tinggal! Ladies dekat tepi sana tu,, I tunggu sini', kata Erry.
 'Haaa? Apa nii?',tanya Esya sambil melihat apa yang terdapat dalam beg tu.
 'Dah, jangan banyak cakap, buat je apa yang disuruh!', marah Erry.
'Haihh, aku tanya pun salah!'. Tapi kaki Esya tetap melangkah ke ladies yang ditunjukkan oleh Erry tadi.

Setelah  tukar  baju yang diberikan oleh Erry, Esya bergegas ke kereta kembali. Alamak dah 10 minit kott! habislah aku!, Esya bergomel kecil. Erry yang menunggu dalam kereta seakan marah, tapi bila melihat wajah Esya, macam tak berkelip pulak matanya. Amboii! Erry memberikan sebaris senyuman dan memuji Esya. Ayatnya simple je,'cantik U malam ni.' Fullstop! Esya pulak tersipu-sipu malu sampai kaki tersepak batu. Hampir-hampir terjatuh pulak tu. Bengong Esya ni! haha

Kemudian, Erry menyuruh Esya masuk balik ke dalam kereta. Lepastu, dia bawak Esya ke satu kawasan perumahan yang agak elit lah jugak boleh dikategorikan. Kemudian, Esya terpandang satu rumah ni, banyak canopy, kereta parking pun banyak kat luar rumah tu. Erry memberhentikan kereta berdekatan dengan kawasan rumah tu dan mengajak Esya masuk ke dalam. Esya tanya, 'Rumah U ke ni?'. Sepatah Erry jawab,'Yup! Why?'. 

Sampai je di perkarangan rumah, Esya tengok Erry macam orang lain dah. Mulutnya tak berhenti henti mengalirkan senyuman.'Ya, mungkin itu senyuman ikhlas darinya. Tapi, bukan untukku!' Erry menyapa kawan-kawannya, ahli keluarganya, saudara saudaranya dan memperkenalkan aku kepada diorang!.
'Ni bakal isteri saya, Elisya Katrina!' kata Erry kepada semua orang

Aku tergamam dengan sendirinya. Rasa nak pengsan!, Esya Katrina

tiada kata.

Ya Allah.
Tolong hentikan semua ini.
Aku tak sanggup lagi.
Untuk mencintai atau dicintai sesiapa.
Aku penat.
Perit.

Ya, mungkin aku mencintai dia.
Tapi, mungkin juga kami tiada jodoh.
Entah, aku tidak pasti.

Aku tak mencintai kau, kau, kau!
Kau yang kaki menipu, pura-pura engkau bujang segala.
Kau yang kedekut, yang tidak pandai mengambil hatiku.
Kau yang pelupa, menganggap semuanya mudah belaka.
Kau yang bosan, tiada yang istimewa!

Arghhhhhh!!!!!!!!

Wednesday 1 January 2014

yes or no

Assalammualaikum and hye!
Happy happy new year!

Harini secara tak rasmi umur dah melanjak ke angka 22. Wahhh!
Dan, semakin hari semakin banyak dapat kad jemputan.
Yang kita ni takde sapa nak masuk meminang lagi. Haha!

Tapi, bila dipikir-pikir. Yaa, memang rasa macam nak kahwin awal.
Tapi bila pikir balik, takutnya lah haih nak kahwin.
Nanti nak buat itu ini nanti semua tak boleh.
Kang dapat King Control ke lelaki yang skema ke, macam mana nanti.
Menangis aku dalam bilik air sorang-sorang. Haha.

Rasa-rasalah. Hmmm. Aku nak kerja plus buat e-pjj.
Pastu, sambung master kat oversea setahun.
Then, keje lagi. Baru kahwin.
Okay takk?

Takpun, ingat nak amik medic. Nak jadi radiologist. Hahaha!
Tapi, pointer tak cukup. Kalau nak yang berbayar. Silakan!!! hahaha.
 Haritu sembang dengan sorang Dr. Die kata dia work for 18 hours.
Gila ke tak! No-no. Nanti takde life.

Nak jadi photographer jelah camni. Hahaha! Enjoy sikit.
Kalau skill banyak. Gamba meletop.
Banyak jugak gaji kauu!
Plusss, mungkin dapat menjelajah satu dunia.
Ececehh.
:p

Sunday 29 December 2013

CINTA is LOST. Episode 2


Hari minggu ni, hari paling bosan buat Elisya. Elisya Katrina buka tutup, buka tutup laman sesawang di depan matanya. Taktahu dia nak buat apa. Kepalanya berat memikir hal semalam. Ahmad Khusyairi lelaki yang dipujanya hanya tinggal mimpi semata-mata. Tiada lagi kata sayang. Tiada lagi kata cinta yang terucap dari mulut lelaki itu. Kini hanya makian dan cacian yang diterima Esya.

Kini hampir sebulan juga kehidupan Elisya tanpa si Erry. Rindu? Memang ada di hati Esya. Tapi, Elisya merasakan mungkin sampai di stitu jodoh mereka.  Si Erry ni pun takde berusaha nak jumpa parents Esya. Kot-kot nak menjernihkan keadaan ke. Takpun, minta izin betul-betul nak kawan dengan Esya untuk jadikan calon isteri dia. Mungkin ini hanya cerita dongeng sebab tiada siapa berani buat macam tu zaman sekarang. Tapi, itu yang Elisya harapkan pada bakal imamnya nanti. Walaupun Elisya tak secantik mana, tak sepandai mana, tak sealim dan sebaik mana, itu impian Esya yang semua orang tak tahu!

 Elisya Katrina masih ingat kisah semalam. Pergaduhan besar mereka. Memang tak dinafikan,  Esya si gadis poyo dan memiliki hati yang keras.  Tapi, kalau kene cara-nya, "Erry, kau boleh tawan hati aku balik! Tetapi, kekerasan yang kau guna. Aku nak cakap apa Erry."

Kalau diberi peluang Elisya Katrina ingin berkata kepada Ahmad Kusyairi semua soalan ini! Tak tertanggung hatinya menahan rindu yang terpaksa diciptanya sendiri!

"Erry, sekarang kau takde dah nak mesej-mesej aku, tanya aku khabar, sehat ke tak".

"Erry, sekarang ni kau asyik mesej aku , yang kau tahu mengugut aku, minta bayar duit kau".

"Erry, aku tak minta semua ni terjadi, aku taknak pun kita macam ni, tapi kalau kau minta aku balik dekat kau pun, aku taknak dah, kau dah sakiti aku, Erry".

"Erry, kenapa tergamak kau buat macam tu? Kau kata kau sayang aku Erry, tapi.... sakit tau Erry. Aku takut Erry".

"Erry, aku harap kau sihat-sihat je. Maafkan salah silap aku. Aku bukan apa yang kau pikirkan".

Setelah bermadah di dalam hati. Elisya Katrina lantas bangun dari kerusi dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Waktu Zuhur kian tiba. Elisya sudah berjanji dengan papa dan mamanya yang mereka akan solat bersama-sama. Mungkin orang tuanya sudah bersiap sedia di ruang solat. Selepas solat, bolehlah mereka makan tengah hari bersama-sama. Lauk pauk sudah siap sedia di atas meja. Bibik Neng yang masak semuanya. Katanya ada tetamu istimewa yang nak datang kerumah harini. Entahlah. Papa dan mama tak bagitahu Esya pulak. Ehmmmm. ~



Saturday 21 December 2013

CINTA is LOST. episode 1.

Assalammualaikum and hai! :)

         Harini nak certita tentang kisah Elisya dan Erry dengan tajuknya 'CINTA is LOST''.:) So, keep in reading yaa? .

      Erry seorang yang lelaki yang baik, kacak pulak tu!  Elisya pulak, baik dan macam comel je kalau pandang tu.Kedua-duanya sama cantik-sama padan.

Erry dan Esya mengenali hati masing-masing sejak dibangku sekolah lagi dan mereka pun pernah bercinta dulu. Permulaan cinta mereka ibaratkan mandi tak basah-makan tak kenyang-tidur tak lena-buat itu tak kena-buat ini lagi tak kena. Sedih kalau nak cerita. Haha! Tiap-tiap malam bergayut sini sana, tiap-tiap minggu jumpa sini sana juga. Di ibaratkan seperti aur dan tebing juga, sebab tak boleh dan tak mungkin berpisah. Katanya.

        Waktu tempoh setahun perkenalan Erry dan Elisya memang semuanya manis belaka. Nampak sini bintang, nampak situ bulan. Sini bau harum bak bunga mawar, situ bau harum bak bunga kasturi. Ek? hahha!

       Tapi, apakan daya. Semua perancangan manusia ditentukaan Illahi. Jodoh Esya dan Erry tak kekal lama. Esya mengundur diri di atas sebab sebab tertentu yang dia taknak semua orang tahu. Biar dirinya sahaja yang menahan, yang tahu tetang perkara itu.

Setelah dua tahun mengundur diri, Erry menjelma kembali dalam hidup Elisya.

'Esya, kembalilah ke pangkuanku, mari kita bina mahligai indah kita!', kata Erry.
'Tidak Erry, tidak, tidak akan sesekali aku kembali kepada dirimu!', kata Elisya.
'Habis engkau mahu persia-siakan sahaja cinta kita dahulu?,' kata Erry.

Elisya  hanya mendiam kan diri. Sedang berfikir apa yang terbaik tetapi tidak dapat jugak menghasilkan jawapan yang terbaik. Dia hanya mengangguk kepalanya sahaja. Erry geram, kerana cintanya tidak terbalas. Maka,  makin banyak soalan yang terkeluar dari mulut si Erry, walaupun agak senang bunyi soalan itu, si Esya  gagal memberi respon dan menjawapnya dengan baik, dan terhasillah manik-manik di mata Esya yang tidak sabar mahu meleleh keluar. Makin lama, makin laju.

        Apabila melihat perlakuan Elisya yang sebegitu, yang menangis saja tanpa menjawap soalan Erry, Erry pun berani menhayunkan tangannya ke muka Elisya. Entah mengapa Erry buat macam tu, dia pun taktahu! Kepala Elisya terasa berpinar-pinar. Dunia seperti berhenti seketika. Esakannya makin kuat. Tapi, Erry tidak kisah, mungkin, ini bukannya cinta dia lagi. Mungkin dengan cara ini, dia boleh meninggalkan Elisya dengan tenang.

Elisya juga tekejut dengan perlakuan Erry, dalam hati Elisya berkata, 'rupanya sanggup juga dia memukul dan menyakitiku, tidak lagi dia ingin melindungi ku, tidak lagi dia menjagaku, tidak lagi dia menyanyangiku. Tolonglah pergi dari hidupku, Ahmad Khusyairi.....'






Wednesday 18 December 2013

jeng jeng jenggg.

Assalammualaikum and Hyeee! :)

Okay, harini merupakan hari yang ketiga kita di A&E Hospital Seremban ni. Bangun pun makin lama makin lambat, tak sharp dah macam dulu 5 30 am je bangun. Ni sekarang pukul 6 00 am baru bangun. Sebabnyaa penat woi, ulang alik dari Nilai-Seremban-Nilai. Ingat tak penat ke? Memang nampak macam bawak kereta tu best, tapi itu mungkin perasaan di awal-awalan je dapat kereta. Dah gheti drive ni rasa macam tak nak reti sampai bila-bila sebabnya bolehlah ayahku yang hantar pergi kerja dan aku me-lena-kan diri dalam kereta. HAHA!

Bila dah bangun pukul 6 00 am ni kan, pukul 6 30 am tu sure-sure mesti kene siap pakai tudung dah apa semua yee, baju semestinya daku dah gosok awal-awal satu minggu. Haaa, ghajen takk? haha! :p Mungkin ini mula-mula je, tapi taktahu lah, kene kekalkan juga ni. Mana larat oi pagi-pagi bangun baru nak gosok baju, mata tertutup nanti tertidur terus macam mana? hehe!

Dekat A&E pagi ni kerja dengan Kak Fiza and En. Amir Faris, kenapa panggil kak dan sorang tu kene panggil encik? Sebabnya nak 'kene nampak kan; jurang perbezaan tu, kang panggil 'abang' kang susah. Banyak sangat 'abang-abang' kat sini. Tapi, first praktikal dulu aku hantam je semua aku panggil abang, dari muda ke tuaa, muka aku takde perasaan, tapi dorang? Gemar sangat permainkan aku. Cehhhh!

Kerja waktu pagi ni tadi PPK ntah pergi mana, takde orang dalam darkroom, so, aku nak cuba lah buat kali keduanya masuk darkroom yang aku takut tu kann, hahha. mengada tak? :p Aku pun buat buatlah berani, dah bersedia dah ni, kunci pintu, tutup lampu, amik cassete dekat hatch, pastu bila aku bukak, aku raba-raba, 'ehh, mana film ni', aku raba lagi, nak pastikan yg film tu betul betul ada, tapi, nampaknya macam takde. Langkah amat bijak aku, aku on kan terus lampu, pastu aku tgok cassete, 'alamak, adalah film tu!'. Dengan tak semene-mene, aku off cepat cepat lampu dengan keyakinan yang tinggi film itu takkan terjejas, menipu akal yang film tu takkan 'fog-rosak'. Tapi, akal hanya dapat menipu, aku masih di dunia nyata, bukan khayalan! Ye, apabila film itu sudah siap, ye, ianya rosak. Dan, dengan berkeyakinan lagi tuuu, cakap dekat akak Fiza tu, 'akak...., film fog'. Tapi, dengan nada yang sedih.

Waktu petang kerja dengan Kak Ana dengan Encik Wafi. Tepat pukul 3 30 pm, juru x ray ada meeting on main department, so, tinggal lah i dengan Encik Wafi ni terkedek-kedek kat A&E. Ehhh, tak terkedek pun sebenanyaaa, laju je eh buat kes. haha. Then, En Wafi ni nak membuli suh aku masuk darkroom. Ohh, okay, takut dahhh, trauma kot film fog tadi! Banyak kali cakap, 'saya taknak, tadi buat film fog-fog-fog!'. Tapi, dia tak berputus asa, suh jugak masuk. Dia kata film fog takpe tapi hatch fog tak boleh. haha. Dan, aku pun masukla, dan dia pun guide aku dengan berkata-kata dekat hatch, takkan nak guide kat dalam kot, gelap kott! Siap kata, 'okay tak? okay tak?' ' Ehh, make sure lampu awak tutup sebelum nak bukak hatch tu'. Aku pun katalah, 'ye, ok-ok'. Lepastu, part nak cari film kat hatch tu, yang ni part macam susah sikit kat aku, yela, nak teraba-raba sini sana. haha! Encik Wafi tu kata dekat kedua belah bawah hatch tu, aku pun carilah, aku rasa ada besi je. haha! Patu aku kata, 'takda punnnn'. Then, dia kata takpelah, tak payah isi, tinggal je situ. Tapi, ego I tinggi beb, aku carik jugak sampai jumpaaa. Walaupun lama. haha! Dan lastly, dapat kes, dia suruh buat dari A-Z include shoot-proses film. Aku menyahut cabaran! :D

Dan, around 4 40 pm camtu, Athirah call aku, kata Puan Zu nak jumpa aku kat main department, aku pun tergopoh gapah la pergi, lepastu nasib baik aku tak tegur Puan Zu tanya kenapa panggil aku sebab Athirah tu tipu aku je. Ciss. Dorang ajak makan sebenarnya, ada macam jamuan lepas meeting macam tu. So, pergilah makan kueh mueh tu dan bergegas balik. Sekian! :)

Tuesday 17 December 2013

3rd days at A&E X-ray department.

Assalammualaikum.
Hyeee!

                 Hari ni macam nak nangis okay! Taktahu kenapa. Semua buat ade je tak kene. Waaaaa. :'( Walaupun tak kene marah, tapi diri sendiri tahu bertapa '.............' diri ini. Dahla dengan mesinnya berat. Lain jenis pulak tu, selalu aku guna PHILIPS. Ni TOSHIBA pulak. Memang betul2 tak biasa. First time dapat mesin TOSHIBA ni. Dari belajar dulu pun asyik asyik PHILIPS je, ni TOSHIBA. Tolonglah jangan harap apa-apa untuk seconds day ni, saya masih baru belajar. Lagi dengan mesin portable tu semua, jenis lamaa, manalah tahu gunaa. Huwaaaa. -_-'' Dugaan apa ni dapat semua jenis lama.

                    Lagi nak tambah tambah tambah nangis sebab kene masuk darkroom, tapi, diri sendiri yang tawarkan diri nak proses film tu kann. Haaa, pandai sangat kannn! Sebenarnya apalah sangat masuk darkroom tu, tapi, i ni takut gelap sebenarnya, ntah sejak sejak tua ni, tidur mana tutup lampu dah. Bukak je. Sebab apa? Sebab takut gelap, ada je nanti pikir bukan-bukan. Haha. Masa masuk darkroom tu la kan, confidence gila, tutup lampu bagai, tak sampai seminit, aduhh, gelapnyaaa. Cari henset, tekan-tekan, bagi berlampu, keluar balik. Pergi cari akak Fizah tu, nak mengadu kononya, tak sanggup buat sebab takut gelap. Tapi kes makin banyak. Hmmm, tak boleh jadi ni, masuk balik, tutup lampu-kunci pintu bagai, selawat banyak banyak, alhamdulillah, film berjaya diletak. Cuma satu film je aku cari-cari tak jumpa, aku pasrah, aku keluar sebab tak larat cari dah, takut punya pasal. HAHAHA!

Petang pulak, pergi SOPD tanya pasal kes nak operation mama tu. Alhamdulillah dah dapat tarikh, harap-harap tak lah tangguhkan lagi yaa.

Balik pulak, haihhh, taktahu kenapa semua pemandu kereta,lori, motor harini bawak macam gila. Asyik nak langgar aku je. Ke aku yang gila, asyik nak langgar dorang je? Tapi hakikatnya saling nak belanggar je. Huhu.

Mungkin harini semua tak jadi sebab.. ntah, boring rupanya rasa takde pakwe ni kan. hahaha! Tapi, nak buat macam mana kann. Redhooo je la yehh?