Thursday, 28 March 2013

Jalan lebih baik

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.”                                               (al-Baqarah : ayat 186)

Hati selalu melonjak untuk berubah. Tetapi, perlakuan masih di titik yang sama.
Apabila sudah berubah  tidak pula dapat sokongan sejagat. Hati menjadi punah.
Iman kian menipis dan tipis. Amal pun tidak seperti selalu.
Akhirnya, takuk lama jadi panduan.

Iman, tolonglah teguhkan dirimu.
Amal, tolonglah engkau istiqamah dan jangan sekali engkau mengeluh.
Hati, tolonglah aku untuk mantapkan diri ini.
Nafsu, tolonglah engkau jauhi dari aku.
Perasaan, hendaklah engkau rasa gembira dengan perubahanku ini.

Doalah! Pohonlah! Merayulah! Mengadulah! 
Kerna Dia maha mendengar lagi maha memahami.
Setiap yang terjadi mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Berprasangka baik di setiap apa yang terjadi.
Solatlah, untuk tegakkan tiang keimanananmu, peganganmu.

Perubahan, walaupun sedikit insyallah akan membuahkan hasil.
Diriku, semoga kau menjadi muslimah yang lebih baik.

Begitu juga kepada kalian.
Semoga menjadi lebih baik.
Hari ini.
Hari esok.
Dan, seterusnya.

Amin

Saturday, 23 March 2013

Khas untuk mak dan ayahku.

Hati ini,
Kadang-kadang tidak pandai menipu,
Apabila terkenangkan ibubapa yang berada di rumah,
Penuh dengan harapan dan pengorbanan,
Penuh dengan kesetiaan serta kasih sayang,

Sayu,
Pilu,
Apabila terekenangkan mereka keseorangan di rumah,
KERANA ,
Mereka, sangat berharga untukku,
Mereka adalah tempatku bermanja,
Mereka adalah  tempatku mengadu masalah,
Mereka yang telah memberi makan dan minum,
Mereka yang selalu memberikan nasihat dan pengajaran,
Mereka yang selalu mendoakan kejayaan anak-anaknya,
Mereka yang telah membesarkanku dengan penuh kasih sayang,
Tiada kurang. Malah, sentiasa berusaha untuk yang terbaik.

Dalam doa aku bermunajat agar mereka sihat sentiasa.
Agar mereka dapat berdamping bersamaku sentiasa.
Agar mereka ada di setiap detik yang aku memerlukan mereka.
Kerana, mungkin satu hari aku tidak kuat mengharungi hidup tanpa mereka.

Ya Allah, ampunilah dosa mereka, sebagaimana mereka menjagaku dari kecil.
Tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman lagi beramal soleh. Amin.




final HBU 134

Okay, harii ini tamat untuk paper HBU 134, pertolongan cemas. Alhamdulillah dapat menjawab dengan baik. Saya memilih soalan nombor 2,3 dan 4! Yeahh..

 Soalan 2- a. Berikan maksud kudis tekanan
               b. Nyatakan langkah-langkah percegahan kudis tekanan.

          3- a. Senaraikan 2 jenis makanan yang berkhasiat beserta contoh.
             b. Nyatakan cara penyimpanan makanan

 Lastly, 4- Nyatakan penyediaan bilik pesakit yang selesa dan selamat.

Bagi soalan 5, Nyatakan cara mengangkat pesakit dari katil ke kerusi
                 1, Tak ingat! hahaha. :p


Hurmmmm.... si dia, tolonglah talifon sayaa.. waaa. -_-''
Now, strive for other subject. Insyaallah. :D
Yakin boleh!

Friday, 22 March 2013

i'm sorry..

Saya minta maaf.
Jika saya terkasar bahasa.
Jika saya buat-buat biasa.
Jika perasaan saya nampak macam biasa.

Di sudut hati saya, ianya memang luar biasa.
Tetapi, saya tidak dapat ungkapkan dan mungkin kerana itu kamu terasa.
Saya sedang cuba, tapi seperti biasa, saya sangat tak biasa!
Maafkan saya.

Thursday, 21 March 2013

Final untuk sem 4

Assalammualaikum.

Doakan saya berjaya untuk final kali ini. Insyaallah saya akan buat sebaik mungkin. Dan, harus ingatkan perjuangan dan harapan ibubapa yang menghantar saya untuk belajar di bumi Puncak Alam ini. Saya dah terlampau banyak main-main dah ni! Sekarang tibanya masa untuk berubah, walaupun jangka masanya tak lama, tapi insyaallah dengan harapan ianya membuahkan hasil.

Dan, goodluck juga kepada sahabat perjuangan yang ingin menduduki peperiksaan akhir!
Semoga ilmu yang kita dapat bermanfaat kepada kita semua. Amin. :)

Happy birthday

Assalammualaikum! :)

Happy birthday to my cinta!

Hope kekanda akan sentiasa diredhai Allah di dlm kehidupan duniawi dan juga di akhirat. Harapan juga supaya kekanda akan sentiasa dirahmati olehnya dan semoga selepas ini menjadi seorang insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Menjadi mukmin dan sentiasa berpegang teguh ke jalan Allah. Insyaallah.

Dan, semoga hubungan kita ini kekal sepanjang hayat. :) Terima kasih untuk semuanya.



p/s: Hari ini juga merupakan hari jadi classmate sy, Atirah, happy birthday to u too! :)