Sunday, 29 December 2013

CINTA is LOST. Episode 2


Hari minggu ni, hari paling bosan buat Elisya. Elisya Katrina buka tutup, buka tutup laman sesawang di depan matanya. Taktahu dia nak buat apa. Kepalanya berat memikir hal semalam. Ahmad Khusyairi lelaki yang dipujanya hanya tinggal mimpi semata-mata. Tiada lagi kata sayang. Tiada lagi kata cinta yang terucap dari mulut lelaki itu. Kini hanya makian dan cacian yang diterima Esya.

Kini hampir sebulan juga kehidupan Elisya tanpa si Erry. Rindu? Memang ada di hati Esya. Tapi, Elisya merasakan mungkin sampai di stitu jodoh mereka.  Si Erry ni pun takde berusaha nak jumpa parents Esya. Kot-kot nak menjernihkan keadaan ke. Takpun, minta izin betul-betul nak kawan dengan Esya untuk jadikan calon isteri dia. Mungkin ini hanya cerita dongeng sebab tiada siapa berani buat macam tu zaman sekarang. Tapi, itu yang Elisya harapkan pada bakal imamnya nanti. Walaupun Elisya tak secantik mana, tak sepandai mana, tak sealim dan sebaik mana, itu impian Esya yang semua orang tak tahu!

 Elisya Katrina masih ingat kisah semalam. Pergaduhan besar mereka. Memang tak dinafikan,  Esya si gadis poyo dan memiliki hati yang keras.  Tapi, kalau kene cara-nya, "Erry, kau boleh tawan hati aku balik! Tetapi, kekerasan yang kau guna. Aku nak cakap apa Erry."

Kalau diberi peluang Elisya Katrina ingin berkata kepada Ahmad Kusyairi semua soalan ini! Tak tertanggung hatinya menahan rindu yang terpaksa diciptanya sendiri!

"Erry, sekarang kau takde dah nak mesej-mesej aku, tanya aku khabar, sehat ke tak".

"Erry, sekarang ni kau asyik mesej aku , yang kau tahu mengugut aku, minta bayar duit kau".

"Erry, aku tak minta semua ni terjadi, aku taknak pun kita macam ni, tapi kalau kau minta aku balik dekat kau pun, aku taknak dah, kau dah sakiti aku, Erry".

"Erry, kenapa tergamak kau buat macam tu? Kau kata kau sayang aku Erry, tapi.... sakit tau Erry. Aku takut Erry".

"Erry, aku harap kau sihat-sihat je. Maafkan salah silap aku. Aku bukan apa yang kau pikirkan".

Setelah bermadah di dalam hati. Elisya Katrina lantas bangun dari kerusi dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Waktu Zuhur kian tiba. Elisya sudah berjanji dengan papa dan mamanya yang mereka akan solat bersama-sama. Mungkin orang tuanya sudah bersiap sedia di ruang solat. Selepas solat, bolehlah mereka makan tengah hari bersama-sama. Lauk pauk sudah siap sedia di atas meja. Bibik Neng yang masak semuanya. Katanya ada tetamu istimewa yang nak datang kerumah harini. Entahlah. Papa dan mama tak bagitahu Esya pulak. Ehmmmm. ~



Saturday, 21 December 2013

CINTA is LOST. episode 1.

Assalammualaikum and hai! :)

         Harini nak certita tentang kisah Elisya dan Erry dengan tajuknya 'CINTA is LOST''.:) So, keep in reading yaa? .

      Erry seorang yang lelaki yang baik, kacak pulak tu!  Elisya pulak, baik dan macam comel je kalau pandang tu.Kedua-duanya sama cantik-sama padan.

Erry dan Esya mengenali hati masing-masing sejak dibangku sekolah lagi dan mereka pun pernah bercinta dulu. Permulaan cinta mereka ibaratkan mandi tak basah-makan tak kenyang-tidur tak lena-buat itu tak kena-buat ini lagi tak kena. Sedih kalau nak cerita. Haha! Tiap-tiap malam bergayut sini sana, tiap-tiap minggu jumpa sini sana juga. Di ibaratkan seperti aur dan tebing juga, sebab tak boleh dan tak mungkin berpisah. Katanya.

        Waktu tempoh setahun perkenalan Erry dan Elisya memang semuanya manis belaka. Nampak sini bintang, nampak situ bulan. Sini bau harum bak bunga mawar, situ bau harum bak bunga kasturi. Ek? hahha!

       Tapi, apakan daya. Semua perancangan manusia ditentukaan Illahi. Jodoh Esya dan Erry tak kekal lama. Esya mengundur diri di atas sebab sebab tertentu yang dia taknak semua orang tahu. Biar dirinya sahaja yang menahan, yang tahu tetang perkara itu.

Setelah dua tahun mengundur diri, Erry menjelma kembali dalam hidup Elisya.

'Esya, kembalilah ke pangkuanku, mari kita bina mahligai indah kita!', kata Erry.
'Tidak Erry, tidak, tidak akan sesekali aku kembali kepada dirimu!', kata Elisya.
'Habis engkau mahu persia-siakan sahaja cinta kita dahulu?,' kata Erry.

Elisya  hanya mendiam kan diri. Sedang berfikir apa yang terbaik tetapi tidak dapat jugak menghasilkan jawapan yang terbaik. Dia hanya mengangguk kepalanya sahaja. Erry geram, kerana cintanya tidak terbalas. Maka,  makin banyak soalan yang terkeluar dari mulut si Erry, walaupun agak senang bunyi soalan itu, si Esya  gagal memberi respon dan menjawapnya dengan baik, dan terhasillah manik-manik di mata Esya yang tidak sabar mahu meleleh keluar. Makin lama, makin laju.

        Apabila melihat perlakuan Elisya yang sebegitu, yang menangis saja tanpa menjawap soalan Erry, Erry pun berani menhayunkan tangannya ke muka Elisya. Entah mengapa Erry buat macam tu, dia pun taktahu! Kepala Elisya terasa berpinar-pinar. Dunia seperti berhenti seketika. Esakannya makin kuat. Tapi, Erry tidak kisah, mungkin, ini bukannya cinta dia lagi. Mungkin dengan cara ini, dia boleh meninggalkan Elisya dengan tenang.

Elisya juga tekejut dengan perlakuan Erry, dalam hati Elisya berkata, 'rupanya sanggup juga dia memukul dan menyakitiku, tidak lagi dia ingin melindungi ku, tidak lagi dia menjagaku, tidak lagi dia menyanyangiku. Tolonglah pergi dari hidupku, Ahmad Khusyairi.....'






Wednesday, 18 December 2013

jeng jeng jenggg.

Assalammualaikum and Hyeee! :)

Okay, harini merupakan hari yang ketiga kita di A&E Hospital Seremban ni. Bangun pun makin lama makin lambat, tak sharp dah macam dulu 5 30 am je bangun. Ni sekarang pukul 6 00 am baru bangun. Sebabnyaa penat woi, ulang alik dari Nilai-Seremban-Nilai. Ingat tak penat ke? Memang nampak macam bawak kereta tu best, tapi itu mungkin perasaan di awal-awalan je dapat kereta. Dah gheti drive ni rasa macam tak nak reti sampai bila-bila sebabnya bolehlah ayahku yang hantar pergi kerja dan aku me-lena-kan diri dalam kereta. HAHA!

Bila dah bangun pukul 6 00 am ni kan, pukul 6 30 am tu sure-sure mesti kene siap pakai tudung dah apa semua yee, baju semestinya daku dah gosok awal-awal satu minggu. Haaa, ghajen takk? haha! :p Mungkin ini mula-mula je, tapi taktahu lah, kene kekalkan juga ni. Mana larat oi pagi-pagi bangun baru nak gosok baju, mata tertutup nanti tertidur terus macam mana? hehe!

Dekat A&E pagi ni kerja dengan Kak Fiza and En. Amir Faris, kenapa panggil kak dan sorang tu kene panggil encik? Sebabnya nak 'kene nampak kan; jurang perbezaan tu, kang panggil 'abang' kang susah. Banyak sangat 'abang-abang' kat sini. Tapi, first praktikal dulu aku hantam je semua aku panggil abang, dari muda ke tuaa, muka aku takde perasaan, tapi dorang? Gemar sangat permainkan aku. Cehhhh!

Kerja waktu pagi ni tadi PPK ntah pergi mana, takde orang dalam darkroom, so, aku nak cuba lah buat kali keduanya masuk darkroom yang aku takut tu kann, hahha. mengada tak? :p Aku pun buat buatlah berani, dah bersedia dah ni, kunci pintu, tutup lampu, amik cassete dekat hatch, pastu bila aku bukak, aku raba-raba, 'ehh, mana film ni', aku raba lagi, nak pastikan yg film tu betul betul ada, tapi, nampaknya macam takde. Langkah amat bijak aku, aku on kan terus lampu, pastu aku tgok cassete, 'alamak, adalah film tu!'. Dengan tak semene-mene, aku off cepat cepat lampu dengan keyakinan yang tinggi film itu takkan terjejas, menipu akal yang film tu takkan 'fog-rosak'. Tapi, akal hanya dapat menipu, aku masih di dunia nyata, bukan khayalan! Ye, apabila film itu sudah siap, ye, ianya rosak. Dan, dengan berkeyakinan lagi tuuu, cakap dekat akak Fiza tu, 'akak...., film fog'. Tapi, dengan nada yang sedih.

Waktu petang kerja dengan Kak Ana dengan Encik Wafi. Tepat pukul 3 30 pm, juru x ray ada meeting on main department, so, tinggal lah i dengan Encik Wafi ni terkedek-kedek kat A&E. Ehhh, tak terkedek pun sebenanyaaa, laju je eh buat kes. haha. Then, En Wafi ni nak membuli suh aku masuk darkroom. Ohh, okay, takut dahhh, trauma kot film fog tadi! Banyak kali cakap, 'saya taknak, tadi buat film fog-fog-fog!'. Tapi, dia tak berputus asa, suh jugak masuk. Dia kata film fog takpe tapi hatch fog tak boleh. haha. Dan, aku pun masukla, dan dia pun guide aku dengan berkata-kata dekat hatch, takkan nak guide kat dalam kot, gelap kott! Siap kata, 'okay tak? okay tak?' ' Ehh, make sure lampu awak tutup sebelum nak bukak hatch tu'. Aku pun katalah, 'ye, ok-ok'. Lepastu, part nak cari film kat hatch tu, yang ni part macam susah sikit kat aku, yela, nak teraba-raba sini sana. haha! Encik Wafi tu kata dekat kedua belah bawah hatch tu, aku pun carilah, aku rasa ada besi je. haha! Patu aku kata, 'takda punnnn'. Then, dia kata takpelah, tak payah isi, tinggal je situ. Tapi, ego I tinggi beb, aku carik jugak sampai jumpaaa. Walaupun lama. haha! Dan lastly, dapat kes, dia suruh buat dari A-Z include shoot-proses film. Aku menyahut cabaran! :D

Dan, around 4 40 pm camtu, Athirah call aku, kata Puan Zu nak jumpa aku kat main department, aku pun tergopoh gapah la pergi, lepastu nasib baik aku tak tegur Puan Zu tanya kenapa panggil aku sebab Athirah tu tipu aku je. Ciss. Dorang ajak makan sebenarnya, ada macam jamuan lepas meeting macam tu. So, pergilah makan kueh mueh tu dan bergegas balik. Sekian! :)

Tuesday, 17 December 2013

3rd days at A&E X-ray department.

Assalammualaikum.
Hyeee!

                 Hari ni macam nak nangis okay! Taktahu kenapa. Semua buat ade je tak kene. Waaaaa. :'( Walaupun tak kene marah, tapi diri sendiri tahu bertapa '.............' diri ini. Dahla dengan mesinnya berat. Lain jenis pulak tu, selalu aku guna PHILIPS. Ni TOSHIBA pulak. Memang betul2 tak biasa. First time dapat mesin TOSHIBA ni. Dari belajar dulu pun asyik asyik PHILIPS je, ni TOSHIBA. Tolonglah jangan harap apa-apa untuk seconds day ni, saya masih baru belajar. Lagi dengan mesin portable tu semua, jenis lamaa, manalah tahu gunaa. Huwaaaa. -_-'' Dugaan apa ni dapat semua jenis lama.

                    Lagi nak tambah tambah tambah nangis sebab kene masuk darkroom, tapi, diri sendiri yang tawarkan diri nak proses film tu kann. Haaa, pandai sangat kannn! Sebenarnya apalah sangat masuk darkroom tu, tapi, i ni takut gelap sebenarnya, ntah sejak sejak tua ni, tidur mana tutup lampu dah. Bukak je. Sebab apa? Sebab takut gelap, ada je nanti pikir bukan-bukan. Haha. Masa masuk darkroom tu la kan, confidence gila, tutup lampu bagai, tak sampai seminit, aduhh, gelapnyaaa. Cari henset, tekan-tekan, bagi berlampu, keluar balik. Pergi cari akak Fizah tu, nak mengadu kononya, tak sanggup buat sebab takut gelap. Tapi kes makin banyak. Hmmm, tak boleh jadi ni, masuk balik, tutup lampu-kunci pintu bagai, selawat banyak banyak, alhamdulillah, film berjaya diletak. Cuma satu film je aku cari-cari tak jumpa, aku pasrah, aku keluar sebab tak larat cari dah, takut punya pasal. HAHAHA!

Petang pulak, pergi SOPD tanya pasal kes nak operation mama tu. Alhamdulillah dah dapat tarikh, harap-harap tak lah tangguhkan lagi yaa.

Balik pulak, haihhh, taktahu kenapa semua pemandu kereta,lori, motor harini bawak macam gila. Asyik nak langgar aku je. Ke aku yang gila, asyik nak langgar dorang je? Tapi hakikatnya saling nak belanggar je. Huhu.

Mungkin harini semua tak jadi sebab.. ntah, boring rupanya rasa takde pakwe ni kan. hahaha! Tapi, nak buat macam mana kann. Redhooo je la yehh?


Sunday, 15 December 2013

Pelvis inward and outward.

Assalammualaikum.
and, good morning. :)

Okay, besok, ehh. harini nak masuk 3 weeks aku kat HTJ. Semoga semua dalam keaadaan baik je.
Tapi, hari jumaat tu tak dapat lupa. Aku dapat kes pelvis inward and outward. So, aku taktahu sebab tak penah buat pun kat Selayang dulu. Lagipun ini kan special projection. So, aku pun kene buat lah walaupun tak penah buat. Aku pun confidence la dengan hanya positionkan kaki patient ke dalam dan keluar. hahhaa! Dahla patient berat oi, nak kena angkat lagi. Adui adui. :'( . Dan, masa yang outward tu kan, aku dah position semua, dah shoot, patient dah tunggu kat luar. Tiba-tiba, mesin CR tu rosak pulak. Grrrr! Memang tak dapat diselamatkan okay!

So, seterusnya, datang lah radiographer yang betul betul yang jaga bilik ni. Tadi tu radiographer ganti je yang temankan. Bila radiographer yang betul tu datang, macam nak kiamat oi. Banyak pulak soalan dia. Cehhh.
Lepastu suruh pulak kita buat lagi kat patient tadi. Pastu, dia taknak tolong angkat pulak. Dah le i ni kecik molek gitu, tak tengok ke badan patient tu macam mana, tolonglah kot. Rasa macam nak nangis kene angkat sendiri tauu. Kalau jadi hulk takpe jugak, satu jari pun boleh angkat tau! Ni jadi macam sleeping beauty je, mana lah larat nak angkat kann.

Pastu dia tanya pulak, 'nak kene angle berapa ni?'Dengan lagak poyonyaa. Aku dengan lagak blurrnya bertanya kembali, 'ehh, kene ke?' haha! sengal tak sengal. Pastu taram je lah angle 30'. Pastu dia tanya lagi pulakkkk, 'caudad ke cephalad'. Aku tak penah buat aku nak cakap ape. Aku diam. Aku cakap, 'ke kepala kot'. Dia diam. Sedang berfikir sesuatu mungkin. Mungkin dia keliru or ingat-ingat lupa tentang projection ni.

Waktu nak shoot tu, lama lagi dia fikir. Macam nak shoot ke taknak shoot ni gaya-nya. Adalah lebih kurang seminit dia nak tekan ke tak tekan shoot tu. Last-last, tekan jugak. haha! Lepastu. dia kata lagi, 'adik, buat lagi satu, angle ke kepala pulak. Dalam hati cakap, 'ehhh, tadi tu salah ke, kalau salah kenapa shoot jugak, poyo mamat ni, haihhhh'. Merungut tuu, tak boleh blah. Haha!

Dah habis shoot semua, aku pun prosesla film tu kan bilik sebelah. Jauh sikit nak kene menapak. So, dah proses proses tuuu, dapat la film tu, hmmm. macam tak cukup pulak exposure. Haihh, tadi marah marah kan, haa, padan muka kene repeat balik. Tapi, aku jugak yang nak kene buat balik tu. Padan muka kat aku jugak sebenarnya. So, anngkatlah patient tu lagi. Pehhh, berpeluh peluh oi. alhamdulilah, kali ni jadi. Nak patah pinggang ni oi.

Ok, kesimpulannya, kene baca buku lagi oi, dari kulit buku depan ke kulit buku belakang. Takpon, aku rebus buku jadi mee rebus supaya aku tak lupa lupa lagi. HAHA.

Yang sebenantya nak buat pelvis inward and outward tu kan bagi sesapa yang taktau, kene angle 40' dan center sama macam buat pelvis biasa. Sekiannn.

Wednesday, 4 December 2013

First week at Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan

Assalammualaikum!
Hye you all. (^_^)/"/ *lelambai tangan.

Ikaa kene praktikal selama 4 months dekat HTJ tahu? Ahhhh. Pengsan kot.
Tapi apa-apa pun bismillahirahmanirahim, semoga semuanya berjalan dengan lancar ok!
Sebenanya baru 3 hari tapi macam dah tahu erti susah payah ni. haha.
Jabbb. Sebenarnya Ikaa sedang diuji untuk tahu erti kesusahan. Takpe, Ikaa kene terima.

Ohh, jab jab tak tahu eh Ikaa praktikal kat bahagian mana? hehe.
Ikaa praktikal dekat department X-Ray. Btw, nak cakap ape eh, kecanggihan tu kurang sikit laa.
Tp bonds and frienship antara satu sama lain tu ada. Tapi tak tahu laa, sebab Ikaa judge a book by a cover je ni. HAHA!

Kat sini, department X-Ray masih menngunakan cassete biasa dan CR, but penggunaan CR adalah kurang oleh kerana kasetnya tak berapa banyak. Harap maaf jikalau anda menjadi salah seorang pesakit di sini dan terpaksa menunggu lama ketika membuat X-RAY! haha. Lagi-lagi jika anda kene buat balik prosedur yang sama sebabnya image tak keluar on-the-spot on computer and kita kene cucinya manual tapi pakai daylight printerla, bukan masuk bilik gelap. Tapi, jangan risau, bilik yang gemelapan tu masih lagi wujud. hihi.

Perasaan Ikaa kat sini? Hmmmmm.
Mesin berat gilaa! haha. Ya Allah, ni memang boleh build muscle kat badan ni.
Tengoklah nanti habis praktikal haa, badan macam Malek Nor kau! :D

OK, tujelah nak cerita.
Akan bersambung besok, ada orang kacau. HAHAHA.
Byee. Love you all. :)