Sunday, 23 December 2012

selamat pengantin baru duhai sahabat sahabat

Hai haii..

Selamat pengantin baru buat kawan-kawanku, Faezah Nordin, Sereng dan jugak Nadia. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan hidup dimurahkan rezeki, dirahmati Allah dan berada dalam keaadaan bahagia.

Asal korang kahwin awal sangat ni? hihi. Jodoh aku pun tak muncul muncul lagi ni. Doakan aku dapat lelaki yang baik lagi beramal soleh okay.

Love u girls. :)

Friday, 14 December 2012

bahagia

Hari ini aku terasa tersangat bahagia. Tak tahu kenapa. Tapi, mungkin sebab presentation aku dah lepas. Ya, selesai diserbu oleh lecturer garang. Haha. Sebenarnya dia tak garang pun, mungkin perasaan aku. Dan, aku terasa hari ini semua benda aku kena buat, tapi, takpalah melatih diri aku lebih berdikari and i feel wonderful. hehe.

Sahabat,kawan,family semua. I love u. Thanks support me. Walaupun kadang kala aku ni annoying -_-. Yela, sebenarnya aku suka bercerita kot. Pot pet pot pet, tapi yang mampu dengar tuu, thanks again.... :)

Alahai, rasa indahnya hari ini. Tapi, takde kena mengena ngan lelaki,pakwa pakwa or apa-apa ek. The end pasal semua ni. Hey laki laki sekalian, tolonglah jangan suka menipu perempuan. Kesian tau. Ishishhh...... Teruk korang ni.

Kepada laki laki yang wonderful macam aku hari ini, terima kasih kerana telah menceriakan hari-hari wanita diluar sana. Annnndd, please................

control your self man. Barulah diberkati lagi diredhai oleh Allah.

Hai, bila lah nak kahwin ni, kawan aku dok kawen ja semua. Aku? haha. Gatai na...............

K,daaa....

Monday, 26 November 2012

Kitar semula, ayuh.

Sekarang Miss Ikaa sedang bersiap-siap untuk ke tempat kitar semula. Tapi, sempat lagi nak update belog ni. hihi. Biasa lah kan? Ohh yaa, banyak juga barang terkumpul kali ini, ishishhhh. Selama ini, rumah Miss Ikaa 70% dipenuhi sampah lah ye? jengjengjengg...

Kali ini, Miss Ikaa tak jual sekali surat khabar, sebabnya....
 
TERLAMPAU berat okay! Aku hanyalah seorang perempuan  yang kecik lagi molek. hihi. Mana larat nak angkat, yelah, kumpul dari zaman tok gajah dulu, kalau rasa nak selidik, nak kaji balik berita lama-lama, kes yang lama-lama yang tiada jalan penyelesaiannya pun boleh! Sureee akan jumpa. Tapi, tanya hati,tanya iman,tanya perasaan, tanya tenaga, larat ke? HAHA.

Kalau tak bersin-bersin tu, untungglahh!! :D

Okay, my mum have done solat, later, Miss Ikaa postkan gambar-gambar berguni-guni tin-tin,plastik-plastik yang berjaya dikumpul!

See yaa.. :)


Saturday, 24 November 2012

me.

Memanglah rasanya perit.
Tapi, aku terpaksa juga meneruskan kehidupan.

Wednesday, 21 November 2012

hiba.


Kadang-kadang aku impi untuk mencapai bintang,
Tapi, aku hanya mampu mengapai awan sahaja.

Kadang-kadang aku impi untuk menjadi yang terbaik,
Tapi, aku hanya mampu menjadi yang baik-baik sahaja.

Kadang-kadang aku fikirkan aku kuat dan handal.
Tapi,  hakikatnya aku lemah untuk menghadapinya realitinya.

Kadang-kadang aku terasa dunia tidak adil,
Tetapi, akulah yang menentukan semuanya.

Kadang-kadang aku kurang berdoa dan alpa,
Maka, itulah cabaran dan dugaan yang diujinya.

Dan, Kadang-kadang aku rasa menyesal dan hiba,
Kerna aku manusia kerdil lagi hina.


Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jadikan aku anak yang solehah,
jagalah peribadiku, kuatkanlah semangatku, dan, aku yakin yang ujian dan dugaan yang datang diberikan kepada mereka yang selayaknya dan aku mampu untuk menghadapinya.


Ya Allah, bagilah hati aku lembut dan tidak keras seperti selalu, kataku yang baik dan tidak menyakiti orang lain, malah, aku harapkan akulah penawar bagi kedukaan mereka dan bukannya racun yang membisa.

Dan, berkatilah kehidupan hambamu ni Ya Allah, walaupun aku hanyalah insan yang biasa yang tidak pernah lupa untuk membuat dosa.

Ya Allah, kau ampuni juga kedua ibubapaku seperti mana mereka menjaga aku, aku sangat sayangkan mereka, tapi, aku malu luahkannya. Ya Allah, tempatkanlah mereka dikalangan orang yang baik-baik lagi beramal soleh dan sihatkanlah kesihatan mereka. Ya Allah, kau permudahkanlah juga urusan mereka di duniawi dan juga di akhirat nanti. Mereka sungguh banyak berkorban untuk membahagiakan hati setiap insan. Berkatilah mereka.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jodoh yang baik, yang boleh membibing aku kejalanmu Ya Allah. Jodoh yang mampu membahagiakan aku, menerima aku seadanya dan menghormati kedua ibubapaku. Amin.




Sunday, 18 November 2012

weekend in cameron highland.

Salam korang korang! :D Ni miss ikaa nak kongsikan gamba waktu pergi cameron pulak. Aishh.. Asyik jalan je miss ikaa ni kann... heheee... Nak buat macam mana, hobi. kuikuikui.. ;b


Sebelum sampai homestay, ayuh kita layan perut dulu kat kedai ni. eeh, stall laa...
 At night, pergi pasar malam pulak. Macam-macam ada meyh... Dari buah tangan hinggalah ke buah-buahan yang segar. Tak lupa, banyak juga sayur-sayuran.

Benda ni miss ikaa beli kat sini lagi murah dari dekat KL.sini 6 -RM 10. kat KL, 1-RM3.  So, kira berapa banyak untung kat KL tu dapat. haha! jeless pulak.

Jagung ni banyak gila gila Miss Ikaa makan, dan hasilnya menarik juga bila dah keluar dari badan.
Euwwwww. Harap maaff. hehe.

Oren oren, jual oren. Mari beli oren,beli manyak dapat diskaunn. :b


Beg beg bag..

My father! Amboihhh....

My sibling ngan anak-anak buah miss ikaa. Ini kalau balik semua, kecoh rumah nii... Uwek sini uwek sana. HAHA.

Ni pulak, gambar dekat FAMA, so please enjoy beautiful and colourful flowers. Miss Ikaa tangkap ni tau, jangan main mainn... Tangan I pandai juga tau nak posingkan cam untuk mendapatkan angle TERbaikk....







Bunga ni ada bee tau! :) 




Trak dulu-dulu.

Meh sini rasa madu. Madu asli. Nice!



Sapa tengok mastercheff, inilah beetroot! Fresh gituu..

Suasana kat sana.


universal studios singapore, here i come.

Mai mai, datang sini, best woo.... :D    
First masuk, korang akan nampak macam street dekat negare omputih.  Sangat sangat cantik.



Miss Ikaa went to Universal Studios Singapore last week.

Mood: best gila, but suddenly, hujan. Miss Ikaa  rasa rugi gila. Sebabnye datang lambat, pastu pukul 4 30 pm macam tu, hujan turun. Waaaaa.. :'( Time time tu jugak air mata boleh turun sebab tak sempat main apa-apa. hihi.

Tapi, apa-apa pun sempat lah naik transfomer dia. Cool gila! But but, beratur punyalah panjang, satu jam lebih sebab peak hour kan. Memey laa. -_-''




Ini waktu sesame street show. Anak buah miss ikaa memang suka dorang ni, tapi bila dorang datang dekat-dekat melalak lah pulak.... ayoyooo.......

King of frog. If miss ikaa kiss, turn jadi prince tak? hihi.


madacascar.

shrek castle

shop.

Beli botol air ni. 16 dollar maa. kalau duit malaysia, RM 30. Setiap topop air  2 dollar, Miss Ika macam suka je topop air ni, yelaa, 2 dollar je, rasa macam 2 hinggit, tapi, sebenarnye sekali topop adalah RM 5 bila di convertkann... HAHA. adush... 

Anddd, Miss Ikaa sarankan kalau pergi sini bawak ur own food dari Malaysia. Save budget. hehe.
Ni la lane yg kene beratur. Semata-mata untuk tengok transfomers,

Miss Ikaa kat transfomers NEST, sempat den posing waktu beratur. Orang tengok, lantak aa. HEHE.

Ni Miss Ikaa tak tahu apa benda. -_-'' Maaf.

Walaupun taktau menatang ni apa. , Miss Ikaa tetap nak posing kat sini ok! :b


And, say goodbye to USS. Nanti kalau ada rezeki, sure Miss Ikaa datang sini lagi.


Monday, 22 October 2012

ikaa juga mempunyai impian

Salam uollz. :)
Miss ikaa sekarang ni tengah golek-golek atas katil sambil menulis entry ini. Sementara anak buah Ikaa baru je bangun tidur. (Cishhh. Dia nak melawan kuasa tidur Asu dia ni! ) Tapi, nak taknak Ikaa beralah jugak, pening rupanya tidur lama-lama ni. Yelah, matahari dah terpacak atas kepala baru ada hati nak bangun. huhhh! Kalau mak Ikaa tau lah, habiss. hihi.

Okay-okay, back to our title, IMPIAN.
huhh, kalau nak cakap pasal impian ikaa memang banyak. 
Tersangat banyak tahu? Cuma tak menang tangan je nak buat dan kuasa tidur sering menghantui diri. hehe. Lagi-lagi pulak, ongkosnya  tak ada maa.  So, what Miss Ikaa do? Ouhh, berangan saja la, macam mat jenin. :b Tapi, Ikaa ni minah jenin okay, dan pastinya minah jenin zaman teknologi. Bukan kuno lagi ok!

Ishh... Mengarut lagi ni. Maafkan Ikaa okay! :) Sebenarnya Ikaa suka jadi designer. Apa-apa design kat dunia ni ada, semua Ikaa nak design. (Ehhh, takboleh okay! Jangan tamak. )
Ikaa suka sangat melukis, bermain dengan warna dan mengayakannya dengan cara tersendiri. Hahh. Memang cukup puas! Lagi-lagi bila orang puji. "Ishh, cantiklah macam mana kau buat ni?"  Maka, secara aotometiknya hidung ni kembang kempis,kembang kempis sebab tak tahan kena puji. :b

Sekarang Miss Ikaa macam nak pasang angan-angan ada butik sendiri. Mestilah rekaan Ikaa sendiri, Ikaa nak buat dress labuh yang sesuai untuk muslimah. Rekaannya sudah ada,  cuma Miss Ikaa ni la, bila nak mula menjahitnya pun entah. Hehe. Dan, seterusnya Ikaa akan menghiasi butik Ikaa dengan sedikit ruang gallery, hasil lukisan Miss Ikaa. Pasti menakjubkan hasilnya nanti, bukan? Wahhh... Hah, yang terakhirnya mestilah butik Ikaa tu berwarna pink dan ala-ala diva! :)

Ini semua impian okay! Harap terlaksana dengan jayanya sebab bidang Miss Ikaa belajar ni bukan ada kaitan dengan pereka fesyen and not about art. Its about x ray. Radiation!  Tapi, ada kene sikit dengan Miss Ikaa sebab benda ni juga menggunakan gambar, menggunakan kepakaran, menggunakan kretiviti. Sebenarnya bidang x ray ni meluas, but most common people only know x-ray je. Bidang pengimejan dan perubatan ni sebenarnya banyak cabang tau! (cehhh, cerita pasal x-ray pulak) .  Tapi, tak apalah sambil baca boleh gain knowledge kan?


Ok, meh Miss Ikaa describekan. Ini berdasarkan pengalaman, kalau ada salah sikit-sikit maafkan ye. Pengimejan ni ada pelbagai jenis seperti CT scan, MRI, fluoroscopy, endoscopy, ultrasound, angiography, IVU procedure, mammogram, dental radiography dan lastly, general radiography. Hahh, banyak kann?  Apabila anda bekerja sebagai radographer, anda juga akan menghasilkan gambar. Tapi gambar yang ada dalam badan orang lah! haha! :)  

Kalau nak Miss Ikaa cerita lagi pasal x-ray ni tunggu entry akan datang okay! :D

Ni mesin x-ray general ok? :b General maksudnya boleh buat apa-apa untuk menampakkan  gambar tulang belulang anda dengan jelas. :)



SEMALAM bukanlah HARI INI bukanlah ESOK

Ikaa, don't be sad!
Mungkin ada hikmahnya jadi bergini.
Mungkin Allah nak menguji mu,
Mungkin kau belum cukup kuat,
Tapi, kau gagah mengharunginya.

Semalam dijadikan kenangan,
Semalam dijadikan tauladan.

Hari ini kenyataan
Hari ini penentu siapa dirimu
Jangan kau bersedih,
Bangunlah! Bangun dari zaman kegelapan.
Mulakan hidup baru yang penuh keredhaannya.

Maka esok adalah khayalan
Khayalan yang belum tercipta
Tapi, akan jadi satu anugerah apabila kau redha, kau berusaha.
Teruslah kehidupanmu sehingga kau berjaya mengapai bintang.
Tiada yang mustahil dan lebih mustahil.


Wednesday, 17 October 2012

hari ini punya cerita.

Salam.

Tiba-tiba Miss Ikaa rindukan zaman berpraktikal. Masa praktikal dulu haaa, malas-malas. Kan dah rinduu. Bukan, Miss Ikaa sebenarnya rindu kat Kak Ecah, Kak Shu, Kak Farhana, Kak Anis dan lain2. Hospital Selayang merupakan first posting miss ikaa tau!
Macam-macam ragam, dugaan dan cabaran dah Miss Ikaa rasa. Dari kes melayan pesakit, kesilapan teknikal, haaa, semua tahu tau. Tapi, tak banyak laa, kan saya ni budak setahun jagung. hihihi.

Tapi yang tak tahan kalau miss ikaa kene marah. Ishhhh, geramnya! HAHAHA....  :D
Kalau Miss Ikaa kene marah, mesti Miss Ikaa malas dah nak pandang muka orang tuu, taktau kenapa. haha! Kalau macam bagus pulak, Miss Ikaa buat takde benda yang berlaku, macam naif gitu. :b Takdalah, Miss Ika admit salah Miss Ikaa tuu laa.

Kenangan?

Hurmmm, yang paling best or something yang adventure yang tak dapat dilupakan ialah:-
1. Miss Ikaa dapat masuk bilik mayat untuk x-ray mayat.
2.Miss Ikaa dapat masuk OT dan hakikat yang sebenar OT room bukanlah macam di drama2 tv tuu, yang suasananya gelap, serius, malah, di sini lebih ceria keadaannya tau. Baik2 dokter dan nursenya.
3. Miss Ikaa dapat belajar benda yang belum belajar seerti mammogram, CT scan,fluoro. Cuma MRI je tak berpeluang sebab mesinnya rosak. huhh... -_-''

Okay, tu je. Btw, thanks to kawan Miss Ikaa iaitu Lini sebab dia je lah kawan Miss Ikaa sewaktu kat sana. huhu. :)

Monday, 15 October 2012

damai laut

Salam. Sekarang miss ikaa nak kongsikan gambar sewaktu miss ikaa di Damai Laut, Perak. Ini kali kedua Miss ikaa datang sini, first time tu masa form 5 kot. So, sini yang bestnye banyak game. And, view sungguh cantik. Miss ikaa datang sini sebab eerr.... kakak miss ikaa ajak. Dia suka sangat datang sini! Dan, waktu yang ini, kitaorang pergi sebab miss ikaa rasalah dia nak sambut bday dia ngan hubby dia. hehehe. :b

Kitaorang pergi 2 hari satu malam je. Hari minggu je boleh jalan2 tau! ishhh.... Pergi sana sampai dah nak dekat asar. Beli barang-barang kat pekan untuk buat bbq pulak tu, sampai lah magrib. Then, siap2 masak lah kat belakang rumah resort tuuu. Best!

Besoknya, pagi2 pergi mandi laut, main kayak sume, pastu  pergi mandi swimmingpool pulak. hohoho.. :)



Miss ikaa jadi bbsitter kene jaga anak ni jee... kalau geram, apa lagi.
 miss ikaa gigit dia. hahaa. miss ikaa mnalah reti pukul2 anak orang ni. :b

Ni pose dari miss ikaa untuk buat x ray chest. ginilah position dia yee... hihi.
 terbawak-bawak masalah kerja. adoiii... -_-''

Ini gamba my lovely mum ngan cucu anje yang tersayang.
Amboiiii....... nak jeleskan Asu ikaa kee. hehe

Ini gamba anak yang nakal ni. haha. sampai tidur waktu nak makan.
Penat sangat agaknya tuu.

Sunway lagoon.


Hajat dipinta, impian terlaksana. Alangkah indahnya apabila miss ikaa dan rakan-rakan pergi ke sunway lagoon sesudah melaksanakan kewajipan kami menghantar report praktikal. So, we had fun after 1 sem tak jumpa! haha. Sengal gila kan kitaorang, kitaorang bertolak pukul 10 pagi gitu. Sampai pukul 11. Tapi, kesian kat kitaorang sebab masa tu banyak sangat underconstruction, kiranya nasib tak berapa nak baik. Btw, impian Lini dah terlaksana.(ni kawan miss ikaa). Miss ikaa punya impian nak gi legoland pulak. hihi.. korang kene simpan duit banyak2 tauuu! :b


Sebelum mandi, kita posing dulu ok! :)

geng veterann. haha

miss ikaa.huda.kirah.mas.lini



ngan hantu2 kat sini. ade cerita di sebalik takbir ngan kirah sebenarnye ni.. hehe


Ni miss ngan rakan2 nak balik daa....

say gudbye too sunway! :D

cuba teka, mana tangan miss ikaa. hehehe



 jam bersama.. hehe

Okay, tu je.. Takde ape lagi dah. Kat dalam tu miss ikaa kurang main air, banyak main outdoor. Best tau! lagi2, bila miss ikaa boleh handle motor yang masuk hutan tu (buggy). Miss ikaa punya la seronok gila! Macam nak datang lagi je, semata mata nak main benda tu, bebaloi tak? ahha...

Haa, lupa. nanti sunway ade bukak game lagi. Korang, jum pergi balikk. hehe