Monday, 22 October 2012

ikaa juga mempunyai impian

Salam uollz. :)
Miss ikaa sekarang ni tengah golek-golek atas katil sambil menulis entry ini. Sementara anak buah Ikaa baru je bangun tidur. (Cishhh. Dia nak melawan kuasa tidur Asu dia ni! ) Tapi, nak taknak Ikaa beralah jugak, pening rupanya tidur lama-lama ni. Yelah, matahari dah terpacak atas kepala baru ada hati nak bangun. huhhh! Kalau mak Ikaa tau lah, habiss. hihi.

Okay-okay, back to our title, IMPIAN.
huhh, kalau nak cakap pasal impian ikaa memang banyak. 
Tersangat banyak tahu? Cuma tak menang tangan je nak buat dan kuasa tidur sering menghantui diri. hehe. Lagi-lagi pulak, ongkosnya  tak ada maa.  So, what Miss Ikaa do? Ouhh, berangan saja la, macam mat jenin. :b Tapi, Ikaa ni minah jenin okay, dan pastinya minah jenin zaman teknologi. Bukan kuno lagi ok!

Ishh... Mengarut lagi ni. Maafkan Ikaa okay! :) Sebenarnya Ikaa suka jadi designer. Apa-apa design kat dunia ni ada, semua Ikaa nak design. (Ehhh, takboleh okay! Jangan tamak. )
Ikaa suka sangat melukis, bermain dengan warna dan mengayakannya dengan cara tersendiri. Hahh. Memang cukup puas! Lagi-lagi bila orang puji. "Ishh, cantiklah macam mana kau buat ni?"  Maka, secara aotometiknya hidung ni kembang kempis,kembang kempis sebab tak tahan kena puji. :b

Sekarang Miss Ikaa macam nak pasang angan-angan ada butik sendiri. Mestilah rekaan Ikaa sendiri, Ikaa nak buat dress labuh yang sesuai untuk muslimah. Rekaannya sudah ada,  cuma Miss Ikaa ni la, bila nak mula menjahitnya pun entah. Hehe. Dan, seterusnya Ikaa akan menghiasi butik Ikaa dengan sedikit ruang gallery, hasil lukisan Miss Ikaa. Pasti menakjubkan hasilnya nanti, bukan? Wahhh... Hah, yang terakhirnya mestilah butik Ikaa tu berwarna pink dan ala-ala diva! :)

Ini semua impian okay! Harap terlaksana dengan jayanya sebab bidang Miss Ikaa belajar ni bukan ada kaitan dengan pereka fesyen and not about art. Its about x ray. Radiation!  Tapi, ada kene sikit dengan Miss Ikaa sebab benda ni juga menggunakan gambar, menggunakan kepakaran, menggunakan kretiviti. Sebenarnya bidang x ray ni meluas, but most common people only know x-ray je. Bidang pengimejan dan perubatan ni sebenarnya banyak cabang tau! (cehhh, cerita pasal x-ray pulak) .  Tapi, tak apalah sambil baca boleh gain knowledge kan?


Ok, meh Miss Ikaa describekan. Ini berdasarkan pengalaman, kalau ada salah sikit-sikit maafkan ye. Pengimejan ni ada pelbagai jenis seperti CT scan, MRI, fluoroscopy, endoscopy, ultrasound, angiography, IVU procedure, mammogram, dental radiography dan lastly, general radiography. Hahh, banyak kann?  Apabila anda bekerja sebagai radographer, anda juga akan menghasilkan gambar. Tapi gambar yang ada dalam badan orang lah! haha! :)  

Kalau nak Miss Ikaa cerita lagi pasal x-ray ni tunggu entry akan datang okay! :D

Ni mesin x-ray general ok? :b General maksudnya boleh buat apa-apa untuk menampakkan  gambar tulang belulang anda dengan jelas. :)



SEMALAM bukanlah HARI INI bukanlah ESOK

Ikaa, don't be sad!
Mungkin ada hikmahnya jadi bergini.
Mungkin Allah nak menguji mu,
Mungkin kau belum cukup kuat,
Tapi, kau gagah mengharunginya.

Semalam dijadikan kenangan,
Semalam dijadikan tauladan.

Hari ini kenyataan
Hari ini penentu siapa dirimu
Jangan kau bersedih,
Bangunlah! Bangun dari zaman kegelapan.
Mulakan hidup baru yang penuh keredhaannya.

Maka esok adalah khayalan
Khayalan yang belum tercipta
Tapi, akan jadi satu anugerah apabila kau redha, kau berusaha.
Teruslah kehidupanmu sehingga kau berjaya mengapai bintang.
Tiada yang mustahil dan lebih mustahil.


Wednesday, 17 October 2012

hari ini punya cerita.

Salam.

Tiba-tiba Miss Ikaa rindukan zaman berpraktikal. Masa praktikal dulu haaa, malas-malas. Kan dah rinduu. Bukan, Miss Ikaa sebenarnya rindu kat Kak Ecah, Kak Shu, Kak Farhana, Kak Anis dan lain2. Hospital Selayang merupakan first posting miss ikaa tau!
Macam-macam ragam, dugaan dan cabaran dah Miss Ikaa rasa. Dari kes melayan pesakit, kesilapan teknikal, haaa, semua tahu tau. Tapi, tak banyak laa, kan saya ni budak setahun jagung. hihihi.

Tapi yang tak tahan kalau miss ikaa kene marah. Ishhhh, geramnya! HAHAHA....  :D
Kalau Miss Ikaa kene marah, mesti Miss Ikaa malas dah nak pandang muka orang tuu, taktau kenapa. haha! Kalau macam bagus pulak, Miss Ikaa buat takde benda yang berlaku, macam naif gitu. :b Takdalah, Miss Ika admit salah Miss Ikaa tuu laa.

Kenangan?

Hurmmm, yang paling best or something yang adventure yang tak dapat dilupakan ialah:-
1. Miss Ikaa dapat masuk bilik mayat untuk x-ray mayat.
2.Miss Ikaa dapat masuk OT dan hakikat yang sebenar OT room bukanlah macam di drama2 tv tuu, yang suasananya gelap, serius, malah, di sini lebih ceria keadaannya tau. Baik2 dokter dan nursenya.
3. Miss Ikaa dapat belajar benda yang belum belajar seerti mammogram, CT scan,fluoro. Cuma MRI je tak berpeluang sebab mesinnya rosak. huhh... -_-''

Okay, tu je. Btw, thanks to kawan Miss Ikaa iaitu Lini sebab dia je lah kawan Miss Ikaa sewaktu kat sana. huhu. :)

Monday, 15 October 2012

damai laut

Salam. Sekarang miss ikaa nak kongsikan gambar sewaktu miss ikaa di Damai Laut, Perak. Ini kali kedua Miss ikaa datang sini, first time tu masa form 5 kot. So, sini yang bestnye banyak game. And, view sungguh cantik. Miss ikaa datang sini sebab eerr.... kakak miss ikaa ajak. Dia suka sangat datang sini! Dan, waktu yang ini, kitaorang pergi sebab miss ikaa rasalah dia nak sambut bday dia ngan hubby dia. hehehe. :b

Kitaorang pergi 2 hari satu malam je. Hari minggu je boleh jalan2 tau! ishhh.... Pergi sana sampai dah nak dekat asar. Beli barang-barang kat pekan untuk buat bbq pulak tu, sampai lah magrib. Then, siap2 masak lah kat belakang rumah resort tuuu. Best!

Besoknya, pagi2 pergi mandi laut, main kayak sume, pastu  pergi mandi swimmingpool pulak. hohoho.. :)



Miss ikaa jadi bbsitter kene jaga anak ni jee... kalau geram, apa lagi.
 miss ikaa gigit dia. hahaa. miss ikaa mnalah reti pukul2 anak orang ni. :b

Ni pose dari miss ikaa untuk buat x ray chest. ginilah position dia yee... hihi.
 terbawak-bawak masalah kerja. adoiii... -_-''

Ini gamba my lovely mum ngan cucu anje yang tersayang.
Amboiiii....... nak jeleskan Asu ikaa kee. hehe

Ini gamba anak yang nakal ni. haha. sampai tidur waktu nak makan.
Penat sangat agaknya tuu.

Sunway lagoon.


Hajat dipinta, impian terlaksana. Alangkah indahnya apabila miss ikaa dan rakan-rakan pergi ke sunway lagoon sesudah melaksanakan kewajipan kami menghantar report praktikal. So, we had fun after 1 sem tak jumpa! haha. Sengal gila kan kitaorang, kitaorang bertolak pukul 10 pagi gitu. Sampai pukul 11. Tapi, kesian kat kitaorang sebab masa tu banyak sangat underconstruction, kiranya nasib tak berapa nak baik. Btw, impian Lini dah terlaksana.(ni kawan miss ikaa). Miss ikaa punya impian nak gi legoland pulak. hihi.. korang kene simpan duit banyak2 tauuu! :b


Sebelum mandi, kita posing dulu ok! :)

geng veterann. haha

miss ikaa.huda.kirah.mas.lini



ngan hantu2 kat sini. ade cerita di sebalik takbir ngan kirah sebenarnye ni.. hehe


Ni miss ngan rakan2 nak balik daa....

say gudbye too sunway! :D

cuba teka, mana tangan miss ikaa. hehehe



 jam bersama.. hehe

Okay, tu je.. Takde ape lagi dah. Kat dalam tu miss ikaa kurang main air, banyak main outdoor. Best tau! lagi2, bila miss ikaa boleh handle motor yang masuk hutan tu (buggy). Miss ikaa punya la seronok gila! Macam nak datang lagi je, semata mata nak main benda tu, bebaloi tak? ahha...

Haa, lupa. nanti sunway ade bukak game lagi. Korang, jum pergi balikk. hehe

Sunday, 7 October 2012

visit Jakarta, Indonesia.

Salam. Miss ikaa nak kongsi gambar dengan uolz semasa Miss Ika melawat Jakarta pada bulan  September yang lalu. Okay, enjoy! Miss ikaa pergi sini sekejab je, saja melawat akibat tension bekerja. chewahhh. :b

Bagi pengemar beads, anda munkin teruja apabila menemui kedai ini! Miss ikaa sekarang di kedai yang mempunyai pelbagai jenis beads dan harganya begitu murah. Jika anda melawat Indonesia, silalah ke kedai Charisma ini, kedai ini ada menjual pelbagai jenis alatan jahitan, barang-barang DIY dan semuanya kiut miut.
Bagi pengemar beads macam miss ikaa, memang tak senang duduk lah bila datang ke kedai  ni. Masa habiskan kat sini je tahu! Hehhh, rambang mata sangat, mana taknye, murah. hihi.

Banyak kan? Serius miss ikaa tak tipu. Tapi, untuk pergi ke kedai Charisma,  Miss ikaa sarankan pergi ke Tanahabeng punya, sebab kalau beli di Mangga Dua mall, harganya lebih mahal.

Okay, now miss ika tengah testing baju mana yang nak beli . Miss ikaa   bagaikan model pula, dari satu ke satu baju miss ikaa try. Orang kedai ni memang cukup sempoilah sebab bagi miss ikaa try baju dia semua. haha. Pergilah ke tanahabeng for more  barang2.

Miss ikaa suka yang ini tau! Tapi, mak miss ikaa tak bagi beli yang ini. So, terpaksa lah miss ikaa pilih yang lain. hehe                                                                                 
Toko Merah, gambar ini di ambil ketika di dalam kereta  di sepanjang jalan Kota Tua.


Sign board ke Kota Tua.


Okay, ini gambar di KOTA TUA.  So interesting right? Macam  kat  negara beriklim sejuk pulak gayanya.

Begitu banyak basikal yang boleh sewa di sini.

Buy oleh-oleh for friends at Malaysia.

Sekarang, Miss ikaa kat masjid yang terbesar di Asia. Boleh memuatkan sebanyak 4 000 jemaah.
Tempat wuduk yang sungguh unik.
See? bertingkat-tingkat tempat solatnya. Macam ofis pulaa. :)
   

Seni ukir ayat-ayat suci di khubah. Begitu cantik.
Gambaran lebih dekat menampakkan ukiran yang sungguh cantik dan mempersonakan. :)


Di luar bangunan masjid.
                               

Monumen yang sungguh cantik dan kemas.

Odong-odong yang akan mengembirakan si kecil anda.  ( miss ikaa tak pasti sebenarnye nama benda ni odong-odong ke ape. Lupa pulak. -_-'')

DI MANA HATI NURANI MU? hah, jawab-jawab.

Station Cikini menurapakan station keretaapi.

Bila penat berjalan, now time untuk minum-minum hilangkan haus.  Miss Ikaa beli cendol and ais buah-buahan. Orang lain order cendol je, miss Ikaa oder dua, tamak takk? hehe

Nampak nyum nyum kannn? and, benda ni memang sedap! tak tipu.                                                                            
  Di Taman Mini Indonesia.

Teringat kepada cikgu sekolah rendah Miss Ikaa yang always call us with statement 'batak' bila marah kat kitaorang satu kelas. But, that time tak tahu sangat batak tu ape. And, now, Miss Ikaa tahu yang kaum batak tu ada lima jenis, iaitu batak toba, karo, simalungun, angkola dan mandailing.

Di sekitar taman mini indonesia,tempatnya memang besar gila!


Macam castle kat disneyland pulak.

Okay, princess coming! Miss Ikaa tak lupa untuk berposing di depan castle yang cantik ini. hehe

And this, kenderaan ini digunakan untuk membawa puteri or kerabat di raja bila ada event.
Miss Ikaa see this waffle dekat mall and why waffle ni takda jual kat Malaysia hahh? SO sedap okay!   

Okay, tamat sudah. Miss Ikaa nak pulang ke Malaysia sudah! Ayuhh. hehe. Kalau rajin, miss ikaa update lagi gambar-gambar di Jakarta.Indonesia in episod 2. hehe. Byee. :)