Miss ikaa sekarang ni tengah golek-golek atas katil sambil menulis entry ini. Sementara anak buah Ikaa baru je bangun tidur. (Cishhh. Dia nak melawan kuasa tidur Asu dia ni! ) Tapi, nak taknak Ikaa beralah jugak, pening rupanya tidur lama-lama ni. Yelah, matahari dah terpacak atas kepala baru ada hati nak bangun. huhhh! Kalau mak Ikaa tau lah, habiss. hihi.
Okay-okay, back to our title, IMPIAN.
huhh, kalau nak cakap pasal impian ikaa memang banyak.
Tersangat banyak tahu? Cuma tak menang tangan je nak buat dan kuasa tidur sering menghantui diri. hehe. Lagi-lagi pulak, ongkosnya tak ada maa. So, what Miss Ikaa do? Ouhh, berangan saja la, macam mat jenin. :b Tapi, Ikaa ni minah jenin okay, dan pastinya minah jenin zaman teknologi. Bukan kuno lagi ok!
Ishh... Mengarut lagi ni. Maafkan Ikaa okay! :) Sebenarnya Ikaa suka jadi designer. Apa-apa design kat dunia ni ada, semua Ikaa nak design. (Ehhh, takboleh okay! Jangan tamak. )
Ikaa suka sangat melukis, bermain dengan warna dan mengayakannya dengan cara tersendiri. Hahh. Memang cukup puas! Lagi-lagi bila orang puji. "Ishh, cantiklah macam mana kau buat ni?" Maka, secara aotometiknya hidung ni kembang kempis,kembang kempis sebab tak tahan kena puji. :b
Sekarang Miss Ikaa macam nak pasang angan-angan ada butik sendiri. Mestilah rekaan Ikaa sendiri, Ikaa nak buat dress labuh yang sesuai untuk muslimah. Rekaannya sudah ada, cuma Miss Ikaa ni la, bila nak mula menjahitnya pun entah. Hehe. Dan, seterusnya Ikaa akan menghiasi butik Ikaa dengan sedikit ruang gallery, hasil lukisan Miss Ikaa. Pasti menakjubkan hasilnya nanti, bukan? Wahhh... Hah, yang terakhirnya mestilah butik Ikaa tu berwarna pink dan ala-ala diva! :)
Ini semua impian okay! Harap terlaksana dengan jayanya sebab bidang Miss Ikaa belajar ni bukan ada kaitan dengan pereka fesyen and not about art. Its about x ray. Radiation! Tapi, ada kene sikit dengan Miss Ikaa sebab benda ni juga menggunakan gambar, menggunakan kepakaran, menggunakan kretiviti. Sebenarnya bidang x ray ni meluas, but most common people only know x-ray je. Bidang pengimejan dan perubatan ni sebenarnya banyak cabang tau! (cehhh, cerita pasal x-ray pulak) . Tapi, tak apalah sambil baca boleh gain knowledge kan?
Ok, meh Miss Ikaa describekan. Ini berdasarkan pengalaman, kalau ada salah sikit-sikit maafkan ye. Pengimejan ni ada pelbagai jenis seperti CT scan, MRI, fluoroscopy, endoscopy, ultrasound, angiography, IVU procedure, mammogram, dental radiography dan lastly, general radiography. Hahh, banyak kann? Apabila anda bekerja sebagai radographer, anda juga akan menghasilkan gambar. Tapi gambar yang ada dalam badan orang lah! haha! :)
Kalau nak Miss Ikaa cerita lagi pasal x-ray ni tunggu entry akan datang okay! :D
![]() |
| Ni mesin x-ray general ok? :b General maksudnya boleh buat apa-apa untuk menampakkan gambar tulang belulang anda dengan jelas. :) |

No comments:
Post a Comment