Kadang-kadang aku impi untuk mencapai bintang,
Tapi, aku hanya mampu mengapai awan sahaja.
Kadang-kadang aku impi untuk menjadi yang terbaik,
Tapi, aku hanya mampu menjadi yang baik-baik sahaja.
Kadang-kadang aku fikirkan aku kuat dan handal.
Tapi, hakikatnya aku lemah untuk menghadapinya realitinya.
Kadang-kadang aku terasa dunia tidak adil,
Tetapi, akulah yang menentukan semuanya.
Kadang-kadang aku kurang berdoa dan alpa,
Maka, itulah cabaran dan dugaan yang diujinya.
Dan, Kadang-kadang aku rasa menyesal dan hiba,
Kerna aku manusia kerdil lagi hina.
Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, jadikan aku anak yang solehah,
jagalah peribadiku, kuatkanlah semangatku, dan, aku yakin yang ujian dan dugaan yang datang diberikan kepada mereka yang selayaknya dan aku mampu untuk menghadapinya.
Dan, berkatilah kehidupan hambamu ni Ya Allah, walaupun aku hanyalah insan yang biasa yang tidak pernah lupa untuk membuat dosa.
Ya Allah, kau ampuni juga kedua ibubapaku seperti mana mereka menjaga aku, aku sangat sayangkan mereka, tapi, aku malu luahkannya. Ya Allah, tempatkanlah mereka dikalangan orang yang baik-baik lagi beramal soleh dan sihatkanlah kesihatan mereka. Ya Allah, kau permudahkanlah juga urusan mereka di duniawi dan juga di akhirat nanti. Mereka sungguh banyak berkorban untuk membahagiakan hati setiap insan. Berkatilah mereka.
Ya Allah, tunjukkanlah aku jodoh yang baik, yang boleh membibing aku kejalanmu Ya Allah. Jodoh yang mampu membahagiakan aku, menerima aku seadanya dan menghormati kedua ibubapaku. Amin.
No comments:
Post a Comment