Saturday, 23 March 2013

Khas untuk mak dan ayahku.

Hati ini,
Kadang-kadang tidak pandai menipu,
Apabila terkenangkan ibubapa yang berada di rumah,
Penuh dengan harapan dan pengorbanan,
Penuh dengan kesetiaan serta kasih sayang,

Sayu,
Pilu,
Apabila terekenangkan mereka keseorangan di rumah,
KERANA ,
Mereka, sangat berharga untukku,
Mereka adalah tempatku bermanja,
Mereka adalah  tempatku mengadu masalah,
Mereka yang telah memberi makan dan minum,
Mereka yang selalu memberikan nasihat dan pengajaran,
Mereka yang selalu mendoakan kejayaan anak-anaknya,
Mereka yang telah membesarkanku dengan penuh kasih sayang,
Tiada kurang. Malah, sentiasa berusaha untuk yang terbaik.

Dalam doa aku bermunajat agar mereka sihat sentiasa.
Agar mereka dapat berdamping bersamaku sentiasa.
Agar mereka ada di setiap detik yang aku memerlukan mereka.
Kerana, mungkin satu hari aku tidak kuat mengharungi hidup tanpa mereka.

Ya Allah, ampunilah dosa mereka, sebagaimana mereka menjagaku dari kecil.
Tempatkan mereka dikalangan orang yang beriman lagi beramal soleh. Amin.




No comments:

Post a Comment