Saturday, 21 December 2013

CINTA is LOST. episode 1.

Assalammualaikum and hai! :)

         Harini nak certita tentang kisah Elisya dan Erry dengan tajuknya 'CINTA is LOST''.:) So, keep in reading yaa? .

      Erry seorang yang lelaki yang baik, kacak pulak tu!  Elisya pulak, baik dan macam comel je kalau pandang tu.Kedua-duanya sama cantik-sama padan.

Erry dan Esya mengenali hati masing-masing sejak dibangku sekolah lagi dan mereka pun pernah bercinta dulu. Permulaan cinta mereka ibaratkan mandi tak basah-makan tak kenyang-tidur tak lena-buat itu tak kena-buat ini lagi tak kena. Sedih kalau nak cerita. Haha! Tiap-tiap malam bergayut sini sana, tiap-tiap minggu jumpa sini sana juga. Di ibaratkan seperti aur dan tebing juga, sebab tak boleh dan tak mungkin berpisah. Katanya.

        Waktu tempoh setahun perkenalan Erry dan Elisya memang semuanya manis belaka. Nampak sini bintang, nampak situ bulan. Sini bau harum bak bunga mawar, situ bau harum bak bunga kasturi. Ek? hahha!

       Tapi, apakan daya. Semua perancangan manusia ditentukaan Illahi. Jodoh Esya dan Erry tak kekal lama. Esya mengundur diri di atas sebab sebab tertentu yang dia taknak semua orang tahu. Biar dirinya sahaja yang menahan, yang tahu tetang perkara itu.

Setelah dua tahun mengundur diri, Erry menjelma kembali dalam hidup Elisya.

'Esya, kembalilah ke pangkuanku, mari kita bina mahligai indah kita!', kata Erry.
'Tidak Erry, tidak, tidak akan sesekali aku kembali kepada dirimu!', kata Elisya.
'Habis engkau mahu persia-siakan sahaja cinta kita dahulu?,' kata Erry.

Elisya  hanya mendiam kan diri. Sedang berfikir apa yang terbaik tetapi tidak dapat jugak menghasilkan jawapan yang terbaik. Dia hanya mengangguk kepalanya sahaja. Erry geram, kerana cintanya tidak terbalas. Maka,  makin banyak soalan yang terkeluar dari mulut si Erry, walaupun agak senang bunyi soalan itu, si Esya  gagal memberi respon dan menjawapnya dengan baik, dan terhasillah manik-manik di mata Esya yang tidak sabar mahu meleleh keluar. Makin lama, makin laju.

        Apabila melihat perlakuan Elisya yang sebegitu, yang menangis saja tanpa menjawap soalan Erry, Erry pun berani menhayunkan tangannya ke muka Elisya. Entah mengapa Erry buat macam tu, dia pun taktahu! Kepala Elisya terasa berpinar-pinar. Dunia seperti berhenti seketika. Esakannya makin kuat. Tapi, Erry tidak kisah, mungkin, ini bukannya cinta dia lagi. Mungkin dengan cara ini, dia boleh meninggalkan Elisya dengan tenang.

Elisya juga tekejut dengan perlakuan Erry, dalam hati Elisya berkata, 'rupanya sanggup juga dia memukul dan menyakitiku, tidak lagi dia ingin melindungi ku, tidak lagi dia menjagaku, tidak lagi dia menyanyangiku. Tolonglah pergi dari hidupku, Ahmad Khusyairi.....'






No comments:

Post a Comment