Sunday, 29 December 2013

CINTA is LOST. Episode 2


Hari minggu ni, hari paling bosan buat Elisya. Elisya Katrina buka tutup, buka tutup laman sesawang di depan matanya. Taktahu dia nak buat apa. Kepalanya berat memikir hal semalam. Ahmad Khusyairi lelaki yang dipujanya hanya tinggal mimpi semata-mata. Tiada lagi kata sayang. Tiada lagi kata cinta yang terucap dari mulut lelaki itu. Kini hanya makian dan cacian yang diterima Esya.

Kini hampir sebulan juga kehidupan Elisya tanpa si Erry. Rindu? Memang ada di hati Esya. Tapi, Elisya merasakan mungkin sampai di stitu jodoh mereka.  Si Erry ni pun takde berusaha nak jumpa parents Esya. Kot-kot nak menjernihkan keadaan ke. Takpun, minta izin betul-betul nak kawan dengan Esya untuk jadikan calon isteri dia. Mungkin ini hanya cerita dongeng sebab tiada siapa berani buat macam tu zaman sekarang. Tapi, itu yang Elisya harapkan pada bakal imamnya nanti. Walaupun Elisya tak secantik mana, tak sepandai mana, tak sealim dan sebaik mana, itu impian Esya yang semua orang tak tahu!

 Elisya Katrina masih ingat kisah semalam. Pergaduhan besar mereka. Memang tak dinafikan,  Esya si gadis poyo dan memiliki hati yang keras.  Tapi, kalau kene cara-nya, "Erry, kau boleh tawan hati aku balik! Tetapi, kekerasan yang kau guna. Aku nak cakap apa Erry."

Kalau diberi peluang Elisya Katrina ingin berkata kepada Ahmad Kusyairi semua soalan ini! Tak tertanggung hatinya menahan rindu yang terpaksa diciptanya sendiri!

"Erry, sekarang kau takde dah nak mesej-mesej aku, tanya aku khabar, sehat ke tak".

"Erry, sekarang ni kau asyik mesej aku , yang kau tahu mengugut aku, minta bayar duit kau".

"Erry, aku tak minta semua ni terjadi, aku taknak pun kita macam ni, tapi kalau kau minta aku balik dekat kau pun, aku taknak dah, kau dah sakiti aku, Erry".

"Erry, kenapa tergamak kau buat macam tu? Kau kata kau sayang aku Erry, tapi.... sakit tau Erry. Aku takut Erry".

"Erry, aku harap kau sihat-sihat je. Maafkan salah silap aku. Aku bukan apa yang kau pikirkan".

Setelah bermadah di dalam hati. Elisya Katrina lantas bangun dari kerusi dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Waktu Zuhur kian tiba. Elisya sudah berjanji dengan papa dan mamanya yang mereka akan solat bersama-sama. Mungkin orang tuanya sudah bersiap sedia di ruang solat. Selepas solat, bolehlah mereka makan tengah hari bersama-sama. Lauk pauk sudah siap sedia di atas meja. Bibik Neng yang masak semuanya. Katanya ada tetamu istimewa yang nak datang kerumah harini. Entahlah. Papa dan mama tak bagitahu Esya pulak. Ehmmmm. ~



No comments:

Post a Comment